5. Dahan buah cermai rapuh dan ianya tidak boleh dipanjat
6. Daun dari pokok buah cermai boleh digunakan untu menghilangkan kuping-kuping selepas terkena campak.Pada kebisaannya campak dalam tempoh 2 minggu.Pada masa hari pertama terkena campak, maka beras direndam dan setiap hari ditukar airnya. Apabila parut camapak telah sembuh dalam masa 2 minggu, beras itu ditumbuk dengan daun ceremai dan kunyit hidup lalu disapukan pada tanda-tanda campak bagi tujuan membersihkannya.
Buah Rambai adalah sejenis buah tempatan yang tidak komersial kerana buah rambai tidak tahan lama dan ianya mengandungi biji bagi setiap ulas.
Buah rambai matang mempunyai rupa seakan-akan buah langsat. Buah rambai berada dalam gugusan tangkai yang panjang dan susunan buahnya jarang-jarang, manakala buah langsat pula berada dalam gugusan tangkai dengan kedudukkan buahnya rapat-rapat di antara satu sama lain.
Buah rambai muda berwarna hijau dan buah rambai matang biasanya berwarna kuning cair. Buah rambai rasanya manis, dan kadangkala ada juga diantara buahnya yang terasa masam.
Kulit buah rambai matang yang dikeringkan boleh digunakan dalam campuran ikan masak lemak cili api. Kulit buah rambai matang itu dihiris nipis dan dijemur menggunakan cahaya matahari. Ianya boleh disimpan lama. Apabila kulit buah rambai itu hendak digunakan dalam campuran masak lemak, ianya hendaklah direndam terlebih dahulu supaya ianya kembang.
Kulit buah rambai juga boleh dibuat masker untuk kecantikkan kulit.
Daun buah rambai yang lebar boleh digunakan sebagai pembungkus makanan. Kebiasaannya di kampung, tempe (sejenis makanan orang jawa) menggunakan daun rambai sebagai pembungkusnya.
Walaupun buah rambai tidak komersial tetapi kulit dan daunnya bermanfaat kepada manusia.
Buah Nona biasanya buah yang ditanam di kawasan kediaman kaum cina di Malaysia. Rasa buahnya manis. Rupa bentuk dalam buah ini berulas-ulas, dan setiap ulas mengandungi biji. Ulas-ulas putih yang manis ini menjadikan ianya unik.
Makan buah nona ini mengajar seseorang itu menjadi penyabar dan berhati-hati.